Sultan Nazrin berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 ,di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini, pada Selasa.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan berangkat tiba pada jam 11 pagi.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad dan isteri, Noor Farah Rahim; serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan acara penanaman pokok Antiaris toxicaria atau pokok Ipoh.

Baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan simbolik anak pokok dan Sijil Pengurusan Hutan [Malaysian Criteria and Indicator for Sustainable Forest Management (MC&I SFM)] kepada kerajaan negeri.

Sultan Nazrin berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 APRIL 2024.

Sementara itu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif supaya khazanah hutan di negeri ini diurus dengan baik.

Menurutnya, sehingga 31 Mac tahun ini, keluasan keseluruhan Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah seluas 988,826.98 hektar mewakili 96.4 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di Perak.

“Sepanjang tahun 2023, kerajaan negeri telah mewartakan seluas 4,655.55 hektar HSK baharu yang melibatkan 4,520.75 hektar hutan darat dan 134.80 hektar hutan paya laut.

“Tambahan keluasan ini juga mengekalkan status Perak sebagai negeri yang mempunyai HSK tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 47 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini, pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan hutan paya laut di Tanah Kerajaan Mukim Kuala Kurau berkeluasan 356.12 hektar untuk diwartakan sebagai HSK yang baharu,

“Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM66.3 juta tahun ini bagi meneguhkan agenda Kelestarian Alam Sekitar, sejajar dengan Fokus Keempat Pelan Perak Sejahtera 2030 dan daripada jumlah itu, 81 peratus atau sebanyak RM53.9 juta telah diagihkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak,” jelasnya.

Saarani berkata, sebanyak 7.88 juta pokok berjaya ditanam di negeri ini sepanjang tiga tahun pertama sejak dilancarkan pada 5 Januari 2021 melebihi sasaran ditetapkan kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 6 juta pokok.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Akta Perhutanan Negara: Negeri lain wajar contohi Perlis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI