Sultan Nazrin berkenan rasmi ABPM Wilayah Utara

BATU GAJAH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh, dekat sini, pada Selasa.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Perak Sultan Nazrin akademi ABPM Wilayah Utara bomba rasmi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan berangkat ke majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.

Pada majlis, Sultan Nazrin berkenan melafazkan titah perasmian ABPM Wilayah Utara sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan acara itu.

Sultan Perak Sultan Nazrin akademi ABPM Wilayah Utara bomba rasmi
Simulasi operasi mencari dan menyelamat di air oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.
Sultan Perak Sultan Nazrin akademi ABPM Wilayah Utara bomba rasmi
Simulasi operasi penyelamatan kemalangan jalan raya oleh pasukan bomba pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Baginda dan tetamu turut disaksikan dengan simulasi operasi penyelamatan pasukan bomba di darat, di air serta lintas hormat unit udara bomba.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenaan melawat ke ruang pameran yang diadakan di bangunan ABPM Wilayah Utara.

Sultan Perak Sultan Nazrin akademi ABPM Wilayah Utara bomba rasmi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan melawat reruai pameran selepas merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.
Perbarisan kawalan kehormatan bomba pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Akdemi dibina dengan kos RM40 juta itu siap pada tahun 2014 dan beroperasi dengan kekuatan 50 pegawai yang diketuai oleh seorang komandan iaitu Pegawai Bomba Gred KB48.

ABPM Wilayah Utara merupakan antara lima akademi dalam negara iaitu ABPM Wilayah Tengah di Selangor, ABPM Wilayah Timur di Terengganu, ABPM Wilayah Sabah dan ABPM Wilayah Sarawak.

Akademi berkenaan dilengkapi dengan pembangunan fasiliti seperti simulator Compartment Fire Behaviour Training (CFBT), Breathing Apparatus Training Gallery (BATG), Rel Kereta Api dan Simulator Tumpahan Gas.

Pasukan Bomba melakukan demonstrasi menyelamat pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Di samping itu, ABPM Wilayah Utara turut menyediakan latihan penyelamatan di air seperti kursus pengendalian bot dan pemantapan latihan bagi pasukan khas Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).

Justeru, akademi yang terletak di Lebuhraya Ipoh – Lumut itu dijadikan sebagai hub dan pusat kecemerlangan bagi latihan penyelamatan di air pasukan bomba. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan rasmi SBPI Gopeng

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI