Sultan Nazrin berkenan rasmi SBPI Gopeng

GOPENG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, dekat sini pada Khamis.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sultan Nazrin Sultan Perak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SBPI Gopeng pendidikan menteri pendidikan Fadhlina Sidek
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2024.

SBPI Gopeng yang terletak di atas tanah berkeluasan kira-kira 11 hektar di Jalan Kota Bharu, Mukim Teja itu telah beroperasi secara pentadbiran pada Disember 2002

Pada 17 Februari 2003, ia menerima murid sulung yang terdiri daripada 89 murid Tingkatan Satu dan 81 murid Tingkatan Empat, dengan dibimbing oleh 10 guru.

Kini, institusi pendidikan itu mempunyai 590 orang murid dengan bimbingan oleh 55 guru dan 16 staf sokongan.

Sultan Nazrin Sultan Perak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SBPI Gopeng pendidikan menteri pendidikan Fadhlina Sidek
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2024.

SBPI Gopeng merupakan salah sebuah daripada 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.

Terdahulu ketika menyampaikan sembah ucapan, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mempersiapkan murid dan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang merangkumi pemahaman, kemahiran, serta risiko pendidikan masa hadapan.

Kata beliau, ia termasuk pelancaran Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang mana salah satu objektifnya untuk melahirkan murid fasih digital berintegriti dan beretika.

Sultan Nazrin Sultan Perak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SBPI Gopeng pendidikan menteri pendidikan Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Fadhlina Sidek berucap pada Majlis Perasmian Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2024.

Tambah beliau, rempuhan teknologi masa kini tidak dapat dielakkan, ditambah dengan evolusi sosial yang bergerak dalam nuansa pascanormal serta pelbagai impak dan implikasi yang muncul natijah pandemik COVID-19.

Ujar Fadhlina, pengaruh yang semakin meluas daripada ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini juga telah mengubah landskap pembangunan modal insan, khususnya dari aspek pendidikan yang membentuk perwatakan anak bangsa masa hadapan.

“Tugas membina generasi masa hadapan yang unggul secara holistik merupakan tugas yang sangat penting.

“Pendidikan bukan seperti kilang percetakan. Pendidikan ialah proses memanusiakan manusia dan menginsankan insan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2024.

“Oleh itu, proses ini memerlukan masa dan sentuhan manusiawi, pentadbirannya harus manusiawi. Pendidikan adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yang manusiawi,” katanya.

Usai majlis perasmian, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenaan berangkat meluangkan kira-kira 30 minit melawat ke pameran yang dianjurkan para murid SBPI Gopeng. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI