Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM2.5 juta

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah lebih RM2.5 juta pada majlis penyerahan di Istana Kinta, di sini, pada Sabtu.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan berkata, Baginda berkenan menerima penyerahan zakat perniagaan berkenaan bagi pihak MAIPk.

Penyerahan zakat perniagaan tersebut didahului oleh BELATI yang diwakili Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Mohamad Solan Derani dengan bayaran berjumlah RM190,000 disusuli Felcra Berhad Wilayah Perak, yang diwakili oleh Pengurus Besar Wilayah Yusoff Razali sebanyak RM714,234.15.

“Selain itu, Ladang Moccis Sdn. Bhd. diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000 diikuti Millenia Aqua Services Sdn. Bhd. diwakili Pengerusinya, Datuk Hang Tuah Din dengan bayaran berjumlah RM163,000.

“Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. yang diwakili oleh
Pengurus Besar, Ir. Saiful Azzuan Aznam dengan bayaran RM820,000 dan Royal College of Medicine Perak diwakili Eksekutif dan Ketua Kampus, Hissamuddin Omar sebanyak RM400,000,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan Yang Dipertua MAIPk, Tan Mohd Annuar Zaini; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh; dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI