Sultan Nazrin hadir sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri

PARIT – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Perak di pekarangan Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar di sini pada Jumaat.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Majlis dimulakan dengan persembahan khas Sajak Nuzul al-Quran oleh Ili Ausi Areefa Ahmad Azril Hisham diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun 2000 dan 2004, Radhi Kamarul Hailan.

Sultan Nazrin hadir sambutan Nuzul al-Quran peringkat Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Perak di pekarangan Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, pada Jumaat.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil oleh Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIPk, Mohd Halim Mat Saman sebelum baginda berbuka puasa bersama lebih 2,000 jemaah.

Kemudian, baginda berangkat menunaikan solat Maghrib yang diimamkan Imam Masjid An-Nur UTP, Ammar Mohd Amin dan disusuli majlis santapan.

Baginda kemudiannya, turut berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk daripada dana zakat berjumlah RM12.6 juta kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 42,006 orang penerima terdiri daripada asnaf, fakir dan miskin di seluruh negeri Perak.

Sebelum berangkat pulang, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat tarawih secara berjemaah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan terima zakat lebih RM5.41 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI