Sultan Nazrin lawat Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat melawat ke Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, dekat sini, pada Isnin.

Keberangkatan tiba baginda sekitar jam 4.20 petang itu diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choi Tsi Jen.

Sultan Nazrin, Bazar Ramadan Stadium Perak, bazar Ramadan Perak, Sultan Perak lawat bazar, bazar Ramadan 2025, peniaga bazar Ramadan, juadah berbuka puasa Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyantuni orang ramai ketika melawat ke Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 MAC 2025.
Sultan Nazrin, Bazar Ramadan Stadium Perak, bazar Ramadan Perak, Sultan Perak lawat bazar, bazar Ramadan 2025, peniaga bazar Ramadan, juadah berbuka puasa Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyantuni kanak-kanak ketika melawat ke Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 MAC 2025.

Keberangkatan baginda menceriakan suasana bazar serta kira-kira 1,000 pengunjung terawal yang sedang mendapatkan juadah berbuka puasa.

Dalam kunjungan sekitar 20 minit itu, Sultan Nazrin berkenan beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengunjung serta peniaga bazar Ramadan.

Ketika melawat salah satu gerai menjual nasi beriani, Sultan Nazrin sempat berseloroh bahawa baginda mahu mencuba menu tersebut untuk berbuka puasa hari ini.

Sultan Nazrin, Bazar Ramadan Stadium Perak, bazar Ramadan Perak, Sultan Perak lawat bazar, bazar Ramadan 2025, peniaga bazar Ramadan, juadah berbuka puasa Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membeli serunding ketika melawat ke Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 MAC 2025.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membeli kuetiau goreng ketika melawat ke Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 MAC 2025.

Pada masa sama, baginda juga dilihat membeli beberapa juadah berbuka antaranya kuetiau goreng, makanan Jepun ‘takoyaki’, nasi beriani kambing, serunding, sate, air kelapa laut dan air longan.

Ia merupakan keberangkatan kedua Sultan Nazrin ke bazar Ramadan di Perak tahun ini selepas melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar pada 8 Mac lalu.

Bazar Ramadan Stadium Perak merupakan antara bazar Ramadan tumpuan di Perak menempatkan 208 lot gerai termasuk kenderaan saji yang menawarkan pelbagai kuih-muih, lauk-pauk serta minuman untuk berbuka puasa. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI