Sultan Nazrin rasmi bangunan Pusat Perubatan Sunway Ipoh

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan bangunan hospital swasta Sunway Medical Centre Ipoh atau Pusat Perubatan Sunway Ipoh di Tambun, dekat sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda berdua, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Pada majlis, Sultan Nazrin berkenan untuk menyempurnakan lafaz perasmian serta menandatangani plak.

Usai majlis perasmian, Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan berangkat ke ke sesi lawatan ke bangunan Pusat Perubatan Sunway Ipoh dengan diiringi tetamu kehormat lain.

Terletak di Bandar Sunway Ipoh, Hospital Swatsa Pusat Perubatan Sunway Ipoh yang dibangunkan dengan nilai pelaburan RM430 juta itu mula beroperasi pada 2 April lalu.

Ia menempatkan 37 kepakaran dan subkepakaran perubatan di samping dilengkapi dengan 259 katil, bilik rundingan kesihatan (63), bilik pembedahan (lapan) serta 24 bilik unit rawatan rapi, termasuk tambahan lapan ruang rawatan rapi pediatrik dan neonatal.

Selain mempunyai Pusat Perubatan Nuklear dan Kanser khusus, hospital itu turut menempatkan enam pusat kecemerlangan yang merangkumi bidang Kardiologi, Ortopedik, Neurosains, Onkologi Klinikal, Kesihatan Wanita & Kanak-Kanak serta Kesihatan Sistem Pencernaan.

Pusat Perubatan Sunway Ipoh merupakan hospital swasta kelima di bawah Kumpulan Sunway selepas di Bandar Sunway Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Damansara.

Ketika sembah ucapan, Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway Datuk Lau Beng Long berkata, hospital berkenaan merupakan hospital pertama di Perak yang dilengkapi dengan mesin ‘PET-CT’ dan sistem Mako SmartRobotics bagi tujuan diagnostik kanser berteknologi tinggi dan pembedahan penggantian sendi lutut serta pinggul secara robotik.

“Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway mempunyai jumlah keseluruhan 1,700 katil.

“Dengan peluasan yang sedang dijalankan dalam tempoh beberapa tahun akan datang di lima hospital sedia ada, jumlah itu dijangka meningkat kepada 2,400 katil.

“Akhirnya, dengan penambahan hospital baharu yang telah diumumkan, kumpulan ini akan mempunyai 3,400 katil menjelang tahun 2032,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelaburan kumpulan Sunway RM4 bilion bantu ubah landskap Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI