BAGAN SERAI – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Jamek Matang Gerdu di sini dan berbuka puasa bersama rakyat.
Ketibaan baginda pada jam 7 malam disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa Exco kerajaan negeri.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 MAC 2025.
Sultan Nazrin kemudian menanam pokok Bunga Tanjung atau mimusops elengi di pekarangan bangunan dan merasmikan masjid itu sebelum majlis diteruskan dengan bacaan doa perasmian dan ayat suci al-Quran.
Baginda turut menyertai majlis tahlil dan doa selamat sebelum berbuka puasa bersama kira-kira 1,200 jemaah.
Sultan Nazrin kemudian menunaikan solat Maghrib dan berangkat ke Majlis Santapan sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat sunat Tarawih sebelum berangkat pulang.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 MAC 2025.
Masjid berkonsepkan binaan masjid nusantara itu mula dibina pada tahun 2018 dan siap pada tahun 2020 dengan kos berjumlah RM3.1 juta.
Berkonsepkan binaan nusantara, masjid yang terletak di Kampung Matang Gerdu itu mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
Selain itu, masjid berkenaan turut dilengkapi dataran, pusat komuniti, dewan serbaguna serta bilik pengurusan jenazah. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Sultan Perak berkenan rasmi Masjid Ar-Raudhah Lekir