Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Majlis Hari Raya peringkat negeri

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia di sini, pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pada jam 3.10 petang disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; isteri, Datin Seri Aezer Zubin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta barisan exco kerajaan negeri.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Turut berangkat ke majlis, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta dan Raja Puan Muda Besar Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan yang menggambarkan kemajmukkan masyarakat di Perak.

Sultan Nazrin Tuanku Zara Hari Raya Perak 2026 Majlis Hari Raya Perak Stadium Indera Mulia sambutan Aidilfitri peringkat negeri Perak Sultan Nazrin Tuanku Zara Ipoh rumah terbuka Perak 2026 sambutan Hari Raya kerajaan negeri kehadiran rakyat majlis Aidilfitri duit raya rumah kebajikan Perak
Antara persembaha kebudayaan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Pada majlis itu juga Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 69 orang penerima terdiri daripada penghuni rumah-rumah kebajikan di negeri ini.

Penerima sumbangan terdiri daripada, Persatuan Anak-anak Yatim Soleha Tanjung Tualang; The Salvation Army Ipoh Childrens Home Care Centre; The Salvation Army Ipoh Boy’s Home Care Centre; serta Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar.

Sultan Nazrin Tuanku Zara Hari Raya Perak 2026 Majlis Hari Raya Perak Stadium Indera Mulia sambutan Aidilfitri peringkat negeri Perak Sultan Nazrin Tuanku Zara Ipoh rumah terbuka Perak 2026 sambutan Hari Raya kerajaan negeri kehadiran rakyat majlis Aidilfitri duit raya rumah kebajikan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dam Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah anak yatim dan pusat jagaan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Sebelum meninggalkan majlis, baginda berdua turut berkenan berangkat meninjau gerai dan menyantuni orang ramai yang hadir ke majlis rumah terbuka di perkarangan Stadium Indera Mulia.

Sultan Nazrin Tuanku Zara Hari Raya Perak 2026 Majlis Hari Raya Perak Stadium Indera Mulia sambutan Aidilfitri peringkat negeri Perak Sultan Nazrin Tuanku Zara Ipoh rumah terbuka Perak 2026 sambutan Hari Raya kerajaan negeri kehadiran rakyat majlis Aidilfitri duit raya rumah kebajikan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan meninjau peniaga dan orang ramai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Kira-kira 20,000 orang ramai terdiri daripada berbilang kaum memeriahkan sambutan dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan sepanjang majlis berlangsung.

Antara juadah adalah, sate, apam balik, nasi himpit, kuetiau, ketupat, lemang, rendang, laksa, dan minuman. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin tunai solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI