Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Majlis Makan Malam Amal KBGK

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenaan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di Hotel Casuarina @ Meru, di sini, malam tadi.

Turut berangkat, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK persembahan sumbangan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyambut keberangkatan tiba tetamu diraja sekitar jam 8.15 malam.

Turut sama mengiringi, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, serta Presiden KBGK Muhammad Hamzah Md Hamdan.

Pada majlis yang dihadiri hampir 700 orang itu, KBGK berjaya mengutip sumbangan lebih RM500,000 hasil pembelian atau tempahan sebanyak 67 meja.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK persembahan sumbangan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

Di samping itu, majlis dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Hael Husaini serta Dayang Nurfaizah.

Antara lagu yang disampaikan Hael termasuk Jampi, Hajat, Can’t take my eyes off you, sementara Dayang mendendangkan lagu Di pintu syurga, You to me are everything, Umpan jinak di air tenang, serta persembahan duet melalui lagu Haram.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK persembahan sumbangan
Penyanyi terkenal tanah air, Hael Husaini (kanan) menyerikan majlis dengan berduet bersama Dayang Nurfaizah pada Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.
Penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah menyerikan majlis dengan menyampaikan beberapa buah lagu pada Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

Menurut Pengerusi Majlis Makan Malam Amal KBGK, Norali Nordin, sebanyak RM200,000 disumbangkan kepada 11 badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan kebajikan, rumah anak yatim serta Maahad Ad-Deeniah Meru.

Kata beliau, selepas ini KBGK memberi tumpuan kepada program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang tertumpu ke arah usaha pembangunan sektor pendidikan.

Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Muhammad Hamzah Md Hamdan (tengah) menyerahkan sumbangan hasil kutipan makan malam amal kepada wakil Maahad Ad-Deeniah (kiri) pada Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.
Setiausaha Kelab Bakti Gunung Keledang, Norali Nordin pada sesi temubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

“Kami dalam perancangan untuk menaik taraf sebuah sekolah masyarakat Orang Asli dan kolej komuniti di Sungai Siput.

“Di samping itu, KBGK juga akan melaksanakan kursus-kursus jangka pendek seperti kursus asas perniagaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis.

Majlis makan malam amal berkenaan diadakan bertujuan mengumpul dana kelab bagi pelaksanaan program dan aktiviti sepanjang tahun 2024 dan 2025 termasuklah pemberian sumbangan kepada badan-badan kebajikan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dayang Nurfaizah, Hael Husaini akan tampil majlis makan malam amal KBGK

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI