Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri MB Perak

LENGGONG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar di sini, pada Sabtu.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Majlis yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA itu dihadiri Menteri Besar Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad.

LENGGONG Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 APRIL 2024.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Majlis yang bermula seawal jam 11 pagi itu dihadiri 10,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk masyarakat Orang Asli.

Terdapat beberapa reruai yang menempatkan pelbagai jenis juadah makanan Aidilfitri berserta minuman.

LENGGONG - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan meninjau peniaga dan orang ramai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 APRIL 2024.

Ia termasuk lemang, rendang, ketupat, apam balik, mi goreng, kuetiau goreng, laksa, teh tarik, dan sebagainya.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenaan beramah mesra dengan rakyat serta mengunjungi reruai makanan dan minuman sekitar 10 minit.

Di samping itu, Saarani turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dalam kalangan pengunjung yang hadir. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI