Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri

TAIPING – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Selain itu, majlis turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; barisan Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

tahun baharu cina taiping sultan perak sultan nazrin negeri perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad.
Foto: ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Keberangkatan tiba baginda pada jam 2.30 petang disambut lebih 5,000 tetamu dan orang ramai yang hadir.

Hindari isu yang boleh tiup api kebencian - Saarani
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak di Dataran Warisan Taiping. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR 18 FEBRUARI 2024.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudian berkenan menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik sambutan perayaan.

Cuaca hujan tidak menghalang kemeriahan sambutan anjuran Kerajaan Negeri Perak yang turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian.

tahun baharu cina taiping sultan perak sultan nazrin negeri perak
Persembahan kebudayaan dan tarian tradisional masyarakat cina turut dipersembahkan pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad.
Foto: ANIQ NABILAFIQ ANUAR
tahun baharu cina taiping sultan perak sultan nazrin negeri perak
Persembahan kebudayaan dan tarian tradisional masyarakat cina turut dipersembahkan pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad.
Foto: ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Antaranya adalah persembahan tarian singa dan naga; tarian kipas, yoyo cina, persembahan gendang, persembahan alat-alat muzik tradisional Cina serta serta tarian muhibbah

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan tunai kepada anak yatim yang hadir. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hindari isu yang boleh tiup api kebencian – Saarani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI