Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda ke majlis berkenaan diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sekitar jam 8.30 malam.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Polis Perak zahir rasa dukacita, ucap takziah kepada keluarga mangsa insiden helikopter TLDM
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak Tahun 2024 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

Keberangkatan tiba baginda disambut Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Mohd Yusri.

Turut hadir, barisan exco kerajaan negeri dan beberapa orang kenamaan.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim warga PDRM Perak.

Sebelum berangkat pulang kira-kira jam 10.30 malam, Sultan Nazrin Dan Tuanku Zara meninjau gerai-gerai makanan serta minuman yang dikendalikan 16 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Perak serta empat gerai lain sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak ketika pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak Tahun 2024 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika menyampaikan sembah ucapan pada majlis berkenaan menzahirkan rasa dukacita seluruh warga polis Perak di atas insiden kemalangan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggota di Lumut pada Selasa lalu.

Beliau turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat.

“Semoga roh wira-wira negara yang telah terkorban dalam nahas itu akan ditempatkan dalam kalangan para syuhada.

Polis Perak zahir rasa dukacita, ucap takziah kepada keluarga mangsa insiden helikopter TLDM
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak Tahun 2024 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

“Salam takziah kepada keluarga-keluarga mangsa dan marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan surah al-Fatihah, kepada wira-wira negara yang terkorban ini. Al-Fatihah,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seluruh keluarga PDRM Perak turut tidak melepaskan peluang menghadiri majlis itu untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan seperti ketupat, lemang, rendang, nasi briyani dan minuman.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri MB Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI