Sultan Nazrin tunai solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama kira-kira lebih 1,000 orang jemaah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, pada Sabtu.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira pada jam 8.30 pagi itu disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta beberapa ahli Exco, kepimpinan, dan anggota pentadbiran negeri.

Sultan Nazrin solat Aidilfitri Masjid Ubudiah Sultan Perak Aidilfitri 2026 • Masjid Ubudiah Kuala Kangsar • solat sunat Aidilfitri Perak • keberangkatan Sultan Nazrin • sambutan Aidilfitri Istana Iskandariah • MAIPk Perak khutbah Aidilfitri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Solat sunat Aidilfitri dan bacaan teks khutbah bertajuk ‘Aidilfitri: Hari Kemenangan dan Kesatuan Ummah’ dipimpin Imam Utama Masjid Ubudiah, Muhammad Alif Fatihin Baharum.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat, Sultan Nazrin berkenan meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah yang hadir.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menabur bunga di makan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah selepas berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Baginda kemudian berangkat menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja Al-Ghufran yang terletak di kawasan Masjid Ubudiah.

Sultan Nazrin turut menziarahi pusara adinda baginda, Almarhum Raja Datuk Seri Ashman Shah sebelum berangkat ke majlis sambutan Aidilfitri di Istana Iskandariah di sini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Persiapan awal, perbelanjaan berhemah jadi pendekatan sambut Aidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI