Sultan Nazrin tunai solat sunat Aidilfitri bersama 1,000 jemaah di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, pada Rabu.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira jam 8.30 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain.

Usai solat sunat, baginda dan jemaah diperdengarkan bacaan khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Aidilfitri: Menyucikan Fitrah Memperkukuh Persaudaraan’.

Sultan Perak Sultan Nazrin solat sunat aidilfitri hari raya kuala kangsar jemaah masjid Ubudiah
Para jemaah mula memenuhi setiap ruang di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar seawal jam 7 pagi bagi menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri, hari ini.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Antara perkara yang ditekankan dalam khutbah adalah menjadikan Aidilfitri sebagai ruang untuk umat Islam memperbaiki hubungan persaudaraan sesama keluarga, rakan dan jiran tetangga.

Turut dinyatakan, perselisihan yang berlaku sesama umat Islam tidak wajar berpanjangan kerana ia merugikan semua pihak yang akhirnya akan melemahkan umat Islam.

Sultan Nazrin kemudiannya berangkat menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja Masjid Ubudiah sebelum pulang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin sampaikan sumbangan Aidilfitri RM11.77 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI