Sultan Perak berangkat ke Majlis Pemasyhuran Presiden KBGK

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK) 2026 di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad malam.

Hadir sama mengiringi keberangkatan Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2026.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Ismail Mohamed Yusuff dimasyhurkan sebagai Presiden KBGK yang ke-39 menggantikan Muhammad Hamzah Md Hamdan.

Ismail yang menyertai KGBK sejak 2016 merupakan seorang arkitek profesional yang berpengalaman luas dalam bidang seni bina.

Antara kejayaan beliau adalah menyiapkan pelbagai projek berprestij seperti pengubahsuaian Balai Rong Seri, Istana Iskandariah; pembinaan Istana Kuning atau Istana Kenangan; Velodrom Rakyat; Menara Jam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Kompleks Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2026.

Selain itu, usaha seni bina Ismail turut menyaksikan kejayaan menyiapkan Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun 2016 dan Masjid Toh Puan Besar Hatijah pada tahun 2014, di samping menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Pusat Akuatik Tuanku Zara pada tahun 2018.

Ismail juga merupakan individu yang membina Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun 2016 dan Masjid Toh Puan Besar Hatijah (2014), di samping menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Pusat Akuatik Tuanku Zara (2018). -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI