Sultan Perak berkenan anugerah Bintang, pingat dan sijil Pengakap Raja

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menganugerahkan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak 2024 kepada 222 penerima di sini, pada Sabtu.

Baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin (B).

Mendahului senarai penerima ialah Chairman of Asia Pacific Regional Committee merangkap National President of the Boy Scouts of the Philippines, Dale Bokingo Corvera yang dianugerahkan Bintang Semangat Rimba Emas (BSR-E).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah pula dianugerahkan Bintang Semangat Rimba Perak (BSR-P).

telah berjaya menempuh cabaran selama lima tahun bagi mendapatkan anugerah ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah Bintang Semangat Rimba Perak (BSR-P) kepada Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah pada Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 JUN 2024.

Selain itu, Ahli Majlis Pengakap Negeri Perak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Datuk Yahanis Yahya menerima anugerah Bintang Seri Maharajalela-Emas (BSML).

Antara pingat lain yang turut dianugerahkan termasuklah Pingat Dato Sagor, Pingat Perkhidmatan Gemilang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Perkhidmatan Setia dan Pingat Perkhidmatan Baik.

Anugerah Sijil Pengakap Raja pula disampaikan kepada 56 penerima membabitkan ahli Pengakap dalam negeri Perak telah lulus dengan cemerlang dan mendapat pengiktirafan sebagai Pengakap Raja bagi lulusan 2021 dan 2022.

telah berjaya menempuh cabaran selama lima tahun bagi mendapatkan anugerah ini.
Penerima-penerima sijil Pengakap Raja pada Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 JUN 2024.

Enam daripada 222 orang pemimpin Pengakap yang menerima anugerah pada hari ini adalah dari Filipina, India dan Thailand.

Sementara itu, Mohd Zin dalam sembah ucapannya berkata, Kerajaan negeri Perak menerusi Perak SADC bersetuju memberi sebidang tanah seluas 4.04 hektar (10 hektar) di antara Tanjung Tualang dan Daerah Perak Tengah untuk dijadikan Pusat Latihan Pengakap Negeri Perak.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Saarani dan Yahanis atas pemberian tanah tersebut.

“Bersama kita doakan semoga impian Pengakap Negeri Perak untuk mempunyai sebuah pusat latihan atau kem pengakap yang moden dilengkapi infrastruktur bersesuaian tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima Sijil Pengakap Raja yang telah berjaya menempuh cabaran selama lima tahun bagi mendapatkan anugerah tersebut.

“Kecemerlangan yang dimiliki ini seharusnya dijadikan pegangan untuk terus maju dan berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara,” ujarnya.

Mohd Zin berkata, Pengakap Negeri Perak juga turut mengekalkan status sebagai tiga negeri yang berjaya mendaftarkan ahli teramai untuk tempoh lima tahun berturut-turut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI