Sultan Perak berkenan berangkat ziarah mangsa nahas trak FRU

TELUK INTAN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera di Hospital Teluk Intan (HTI).

Baginda tiba di hospital tersebut sekitar jam 11 pagi dan meluangkan masa melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad biasa hospital berkenaan.

Hadir sama mengiringi baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha; Pengarah HTI, Dr Khairul Baharin Mohd Baharuddin dan Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat.

Usai melawat mangsa, baginda berkenan menyantuni waris mangsa serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada mereka dan berangkat pulang kira-kira 40 minit kemudian.

Setakat ini daripada lima anggota masih dirawat, empat daripadanya berada di ICU iaitu Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50; Koperal Mohd Izwan Ishak, 39 serta Sarjan Mohd Parih Ali, 41.

Sementara Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 masih dirawat di wad pembedahan.

Koperal Nizam Tarmizi 38; Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, dan Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, telah dibenarkan keluar dari HTI.

Seorang lagi mangsa, Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dalam kejadian sekitar jam 8.50 pagi pada Selasa sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di kilometer (km) 15 Jalan Sungai Manik, dekat sini.

Lapan anggota maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTI, sementara sembilan lagi cedera. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PDRM akan bentang SOP penugasan baharu polis dalam masa terdekat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI