Sultan Perak berkenan pemimpin belia baca khutbah Jumaat esok

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan golongan belia diberi penghormatan untuk membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri ini bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei atau Rabu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, ia sebagai langkah dalam menghargai dan mengiktiraf peranan penting golongan itu dalam negara.

“Khutbah yang akan disampaikan pada 17 Mei (Jumaat) bertemakan ‘Belia: Tenaga Penggerak Pembawa Pembaharuan’.

“Jabatan Belia dan Sukan Perak telah mengemukakan nama-nama pemimpin belia kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk diangkat sembah mendapat perkenan Sultan Perak untuk membaca khutbah di 70 masjid di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurut beliau, mendahului senarai yang diperkenan baginda adalah, Muhammad Syukri Alimar Shidi daripada Kelab Belia Abrar Sungai Rokam yang akan membacakan khutbah Jumaat di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Kampung Sungai Rokam, Jumaat.

Antara masjid lain di negeri ini yang memberi penghormatan kepada golongan belia untuk membacakan khutbah Jumaat adalah, Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Masjid Sultan Idris II Teluk Intan, Masjid An-Nur Kampar, Masjid Daerah Kerian, Masjid Ridwaniah Kuala Kangsar serta Masjid Ad-Dniah Kampung Beng Lenggong.

Untuk rekod, tahun lalu, Sultan Nazrin juga berkenan untuk belia membacakan khutbah Jumaat dengan melibatkan 24 pemimpin belia. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM9.27 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI