Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM13.7 juta

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.7 juta atau RM13,705,979.48 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, di sini pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan didahului Bank Islam Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azizan Abd Aziz dengan zakat berjumlah RM416,000.

Menurutnya, penyerahan zakat itu disusuli Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diwakili Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Profesor Dr Salina Kassim berjumlah RM580,310.

“Seterusnya, Bank Rakyat yang diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Ahmad Burhanuddin Datuk Seri Adnan menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1.02 juta.

“Selain itu, Bank Muamalat Malaysia Berhad diwakili Ketua Operasi Perbankan, Muhamad Radzuan Ab Rahman turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM479,802,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Syamsul Hazeman memaklumkan Etiqa General Takaful Berhad & Etiqa Family Takaful Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrul Azuan Mohamed menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM1.4 juta.

“Syarikat lain ialah Maybank Islamic Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muzaffar Hisham sebanyak RM857,129 serta Plus Malaysia Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dengan zakat berjumlah RM2 juta,” ujarnya.

Beliau menambah, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nor Azman Zainal turut menyampaikan zakat perniagaan sebanyak RM500,000.

“Takaful Ikhlas General Berhad diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berjumlah RM122,985 manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd, Datuk Ir Muhamad Nazri Pazil dengan jumlah RM6.32 juta,” ujarnya.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM9.78 juta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI