Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM14.3 juta

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM14,294,877.22 (RM14.3 juta) daripada tujuh syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, di sini pada Selasa.

ZAPAR dalam kenyataan media memaklumkan penyerahan zakat perniagaan berkenaan didahului Etiqa General Takaful Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Khairoel Faiezy Hasnan berjumlah RM1.8 juta.

Katanya, ia disusuli FGV Holdings Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Fakhrunniam Othman berjumlah RM418,065; Lembaga Tabung Haji diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mustakim Mohamad berjumlah RM6,773,121 dan diikuti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) NAFAS, Saripol Baharin Karim berjumlah RM903,690.41.

Selain itu, Pintas Utama Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Ir.
Zainudin Karjan berjumlah RM500,00.00; Plus Malaysia Berhad di wakili Ketua
Pegawai Komersial, Mohd Fauzi Puniran sebanyak RM2.9 juta dan Takaful Malaysia diwakili, Pengerusi Badan Penasihat Syariah, Dr. Nik
Abdul Rahim Nik Abdul Ghani berjumlah RM1 juta.

Baginda Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat perniagaan kepada Yang
Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd. Annuar Zaini.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Warkah Penghargaan atas Penyerahan Aset Wakaf Hotel Seri Warisan Taiping kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Warkah penghargaan tersebut diterima Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Hairolanuar Mohamad.

Majlis penyerahan turut disaksikan Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin; Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja, Datuk Sr Syed Jaafar Syed Aznan; Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh dan Pengurus Besar ZAPAR, Ahmad Nazim Md.Tajuri.

Zakat memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam dan penyerahan zakat oleh syarikat korporat amat memberi manfaat yang besar kepada golongan asnaf di Perak. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI