Sultan Perak dan Raja Permaisuri prihatin, tinjau Taman Tasik Taiping

TAIPING – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang prihatin dengan situasi paras air di Taman Tasik Taiping, di sini, berkenan singgah meninjau kawasan tersebut petang tadi.

Perkongsian itu dimuat naik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi laman Facebook miliknya pada Isnin.

“Terdahulu, baginda berangkat menyempurnakan perasmian Mahkamah Syariah Taiping sebelum menitahkan hasrat untuk berangkat melihat sendiri keadaan paras air di tasik tersebut yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering kebelakangan ini.

“Kesantunan hati baginda berdua, Tuanku berdua, begitu terserlah tatkala beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pengunjung yang ada.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan, tasik di Taman Tasik Taiping kering susulan cuaca panas yang ekstrem dan kurang taburan hujan melanda bandar berkenaan sejak beberapa minggu lalu.

Berdasarkan beberapa gambar tular di media sosial, tasik di taman awam tertua di Malaysia itu kering sehingga boleh dilihat keadaan tanah pada dasar tasik berkenaan merekah. – MGPerak

Artikel Berkaitan:

Tiada keperluan pembenihan awan di Taman Tasik Taiping

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI