Sultan Perak perkenan 115 pendidik baca Khutbah Jumaat esok

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan 115 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Negeri diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat sempena sambutan Hari Guru esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin juga menitahkan teks khutbah Jumaat di Perak esok bertajuk ‘Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan’.

Menurut Mohd Annuar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah memperakukan nama 115 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk diangkat sembah kepada Sultan Nazrin.

Beliau berkata, ia bagi mendapat perkenan baginda dibenarkan berperanan sebagai khatib jemputan membaca Khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak.

“Mengiktiraf peranan penting pendidik dan guru, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan 115 orang pendidik dan guru di Perak untuk menyempurnakan peranan sebagai khatib jemputan pada 16 Mei 2025, di 115 buah masjid di negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, teks Khutbah Jumaat yang akan dibaca oleh 115 pendidik dan guru itu disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI