Sultan Perak perkenan 81 belia baca khutbah Jumaat

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan kepada 81 belia di negeri ini untuk membacakan khutbah Jumaat di masjid semua daerah bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, ia bagi mengiktiraf dan memperakui peranan penting belia kepada negara.

Katanya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak telah mengemukakan kesemua nama pemimpin belia terbabit untuk mendapat sembah perkenan Sultan Nazrin bagi membaca khutbah Jumaat

“Sultan Nazrin telah memperkenankan agar 81 orang pemimpin belia dibenarkan menjadi khatib jemputan untuk membacakan khutbah Jumaat di masjid semua daerah.

“Khutbah yang akan dibacakan esok bertajuk ‘Belia berkeyakinan: Memenuhi wawasan dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Mohd Annuar berkata, antara pemimpin belia yang akan membacakan teks khutbah Jumaat adalah Muhammad Syukri Alimar Shidi dari Kelab Belia Abrar Sungai Rokam dan Anas Abd Mutallif dari Kelab Belia Pasir Putih.

Kata beliau, kedua-dua mereka akan menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah Kampung Sungai Rokam dan Masjid al-Abidin Kampung Pasir Putih.

Selain itu, Abd Amsyar Ahmad Zainuddin dari Majlis Belia Daerah (MBD) Kampar; Mohamad Firdaus Ahmad (Belia Masjid Pengkalan Hulu) dan Abdul Aziz Zambri (Belia Masjid Sungai Siput) masing-masing akan membacakan khutbah di Masjid al-Mutaqin Kampar, Masjid Klian Intan di Pengkalan Hulu serta Masjid al-Falahiah Kampung Jaya Setia Sungai Siput.

Pada tahun lalu, Sultan Nazrin telah memberi perkenan kepada 70 pemimpin belia membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Khatib tidak baca teks khutbah Perak keterlaluan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI