Sultan Perak, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan meluangkan masa hampir setengah jam melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut dan diiringi Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Muhammad Nazri Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr Sakduddin Zamli sekitar jam 5 petang.

Turut mengiringi Sultan Nazrin dan Tuanku Zara adalah Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Hiesham Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chandan, Dr Hashim Bujang.

Sultan Perak, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyantuni kanak-kanak ketika melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 MAC 2025.

Kehadiran baginda berdua memeriahkan suasana kira-kira 1,000 pengunjung yang menghadiri bazar itu petang tadi.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut dilihat membeli beberapa juadah antaranya martabak di gerai Murtabak Hj Mohamad dan Keluarga (Pak Mad), ayam susu, pulut udang, kek buttercream dan air balang.

Sultan Perak, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membeli kuih pulut udang ketika melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 MAC 2025.

Pada masa sama, Sultan Nazrin turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung serta peniaga di bazar tersebut serta menasihati mereka supaya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan menggunakan telefon bimbit mereka bersama baginda berdua.

Sultan Perak, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 MAC 2025.

Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar adalah yang terbesar di daerah tersebut serta menempatkan 242 lot gerai dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa antaranya kuih-muih, lauk-pauk dan minuman.

Malam ini, Sultan Nazrin dijadual berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri serta Ketua Jabatan Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berangkat ke Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI