Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM9.27 juta

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM9.27 juta atau RM9,267,411.61 daripada enam syarikat kepada kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, dekat sini, pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Wan Maizura Wan Zahari berkata, majlis penyerahan didahului Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Roni Abdulwahab dengan serahan zakat berjumlah RM947,217.

Katanya, ia disusuli dengan Empayar Indera Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besar Syarikat, Hasrin Abdul Rahman dengan serahan zakat berjumlah RM200,000.

“Dalam majlis yang sama, Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Mohd Shafie Md Rejab menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000.

“Seterusnya diikuti oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Shamsuddin Yusof dengan serahan zakat berjumlah RM248,130.13,” katanya pada Sabtu.

Tambah Wan Maizura, Lembaga Tabung Haji melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hamadah Syed Othman menyerahkan zakat dengan jumlah RM7.47 juta atau RM7,472,064.48 kepada Sultan Nazrin.

Beliau berkata, seterusnya zakat sebanyak RM300,000 diserahkan PINS Network Solutions Sdn. Bhd. menerusi Ketua Pegawai Operasinya, Adi Reza Abd Razak. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM2.5 juta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI