Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman 7 hari

RAWANG – Seorang penjawat awam ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren tiba di mahkamah itu kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pukul 6 petang semalam.

Nur Farah Kartini ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibuat di Tanjung Malim, pukul 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Sebelum dilaporkan hilang, wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Mayat Nur Farah Kartini ditemui, penjawat awam ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI