Susun atur tempat duduk pembangkang di DUN Perak berubah

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menyaksikan perubahan kecil dalam susun atur tempat duduk wakil rakyat blok pembangkang.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat kepada Pejabat Speaker DUN memohon supaya kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi diubah susulan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak.

Bagaimanapun, hari ini ketika Sidang DUN berlangsung, perubahan kedudukan itu hanya melibatkan ADUN Changkat Jong, Nadziruddin Mohamed Bandi manakala Zainol Fadzi kekal.

Terdahulu, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan berlaku pertukaran tempat duduk di blok pembangkang ketika soalan lisan.

“Saya suka nak maklumkan kepada Dewan bahawa hari ini (Isnin) di barisan blok pembangkang ada sedikit perubahan dengan izin sitting arrangement ini disebabkan oleh permohonan daripada PN sendiri.

“Sebagai Speaker dan juga Dewan, kita cuba memenuhi kehendak  permohonan tersebut sebaik yang mungkin supaya Ahli Dewan semua dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih efisien dalam dewan,” katanya sempena Sidang DUN Perak pada Isnin.

Perubahan terbaharu itu menyaksikan Nadziruddin Mohamed Bandi duduk bersebelahan dengan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri bersama-sama ADUN Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias.

Sebelum ini, Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan menghantar surat kepada Pejabat Speaker DUN bagi menukar tempat duduk dua orang ADUN daripada Bersatu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

DUN Perak: Razman digantung enam bulan serta-merta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI