Tahap kesihatan kru baik, pesawat selamat diterbangkan – TLDM

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan kru udara yang baik, pesawat selamat untuk diterbangkan dan penyelenggaraan pesawat mengukut prosedur dan rutin serta keadaan cuaca baik merupakan kandungan laporan awal insiden kemalangan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), baru-baru ini

Menurut TLDM, Lembaga Siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden pada 23 April itu mendapati kesemua kru udara terbabit disahkan mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat (fit to fly).

“Tahap kelayakan penerbangan kru udara yang terlibat juga masih sah dan tidak tamat tempoh,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, Lembaga Siasatan mendapati, kedua-dua pesawat disahkan berada dalam keadaan airworthy (safe to fly) semasa hari kejadian dan kerja-kerja selenggaraan kedua-dua helikopter terbabit disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM).

Tambahnya, Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

Menurut kenyataan itu, psawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan tersebut.

Katanya, data yang telah dianalisis daripada Multi Purpose Flight Data Recorder (kotak) pesawat HOM AW139 telah diterima (3 Mei) daripada pihak OEM untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan.

TLDM berkata, Lembaga Siasatan yang ditubuhkan dianggotai seramai sembilan pegawai TLDM yang berkepakaran penerbangan dan kejuruteraan udara.

Tambahnya, Lembaga Siasatan turut mendapat bantuan daripada Markas Tentera Udara – Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) dan doktor perubatan ATM.

Selain itu, jelasnya, kerjasama, kepakaran dan pandangan daripada pihak OEM iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter turut dirujuk bagi melengkapkan siasatan termasuk analisis penuh rakaman Multi Purpose Flight Data Recorder (kotak hitam) pesawat HOM.

Katanya, Lembaga Siasatan sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca atau faktor yang telah menyumbang kepada insiden tersebut.

Ujarnya, perkara yang diteliti merangkumi aspek analisis semula profil penerbangan pada hari kejadian dengan mensimulasikan profil tersebut menggunakan simulator penerbangan dan juga pesawat sebenar.

“Bantuan dan pandangan daripada pihak Airbus Helicopter sekiranya terdapat data-data pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan,” katanya.

Menurut TLDM, Lembaga Siasatan akan terus mengenal pasti aspek-aspek berkaitan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam dan menyediakan Laporan Akhir secara menyeluruh dan terperinci.

Katanya, TLDM juga memberi jaminan bahawa siasatan ini dilaksanakan dengan telus dan komprehensif bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Jelasnya, Lembaga Siasatan kini sedang berusaha untuk menyiapkan Laporan Akhir, yang dijangka siap pada 29 Mei 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI