Tahun Melawat Malaysia 2026: Perak salur lebih RM18 juta untuk sektor pelancongan

IPOH – Perak menyalurkan dana berjumlah RM18.67 juta bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan sempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dalam Belanjawan Perak 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu meliputi RM1.5 juta untuk pelbagai program pelancongan dan kebudayaan serta RM0.5 juta kepada Majlis Kebudayaan Negeri.

“RM6.5 juta disalurkan kepada Tourism Perak bagi meneruskan program promosi dan acara serta memperkenalkan produk pelancongan, perkhidmatan, kepelbagaian budaya serta penerokaan pasaran baharu.

“Selain itu juga disalurkan sebanyak RM6.5 juta kepada pengurusan Perbadanan Taman Negeri; serta RM0.7 juta untuk operasi Unit Pulau Bebas Cukai di bawah Majlis Perbandaran Manjung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Tambah Saarani, kerajaan negeri menyuntik dana RM2.97 juta kepada Lembaga Muzium Perak yang merangkumi RM2.46 juta bagi kerja-kerja pembaikan pelbagai kerosakan dan kerja-kerja berkaitan di di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Ujar beliau, di bawah inisiatif sama, Perak memperuntukan RM0.38 juta bagi selenggara Makam-Makam DiRaja dan pembangunan sebahagian kawasan Muzium Diraja Kuala Kangsar iaitu pelancongan berasaskan kraftangan berjumlah RM0.13 juta

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan RM6.6 juta kepada Lembaga Muzium Perak iaitu peningkatan RM1.3 juta berbanding tahun lalu.

Mengulas lanjut Saarani berkata, Perak turut menagihkan peruntukan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sebagai tanda sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Sebanyak RM1 juta disalurkan bagi projek pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan tumpuan pelancong serta menaik taraf ikon-ikon pelancongan atau penyelenggaraan kawasan pelancongan (RM1 juta),” katanya.

Tambah beliau, di bawah inisiatif sama, Perak akan memperuntukkan sebanyak RM0.5 juta untuk menaik taraf papan tanda, penunjuk arah serta mercu tanda; dan RM0.1 juta untuk Pesta Panjut 2026 di Kuala Kangsar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

TMM2026: PKNPk peruntuk RM5.5 juta tingkat tarikan pelancongan negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI