Tak perlu menyewa lagi, impian rumah pertama jadi kenyataan

LUMUT – Penantian 97 penduduk untuk memiliki tanah sendiri berakhir setelah menerima geran hak milik masing-masing bagi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Sungai Tiram, Mukim Lekir dan RPT Sungai Batu, Mukim Pengkalan Baharu dalam daerah Manjung di sini, hari ini.

Majlis penyerahan geran hak milik itu disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung, di sini.

Peniaga, Muhammad Helmi Yusof, 38, berkata, permohonannya untuk mendapatkan hak milik tanah di RPT Sungai Batu mengambil masa beberapa tahun sebelum akhirnya ia diluluskan.

Tak perlu menyewa lagi, impian rumah pertama jadi kenyataan
Penerima geran hakmilik RPT Sungai Batu, Muhammad Helmi Yusof, 38, ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Bagi RPT Sungai Tiram Mukim Lekir dan RPT Sungai Batu Mukim Pengkalan Baharu di Dewan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JANUARI 2026.

Dia juga mengucapkan rasa syukur kerana buat pertama kali geran hak milik itu adalah di atas namanya sendiri.

“Agak lama juga untuk permohonan itu (hak milik). Selepas datang temuduga, alhamdulillah dapat. InshaAllah, ada rezeki kita akan mohon untuk bina rumah,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak di Dewan Pegawai Daerah, PDT Manjung di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Saliwati Ismail, 45, berkata, dia menunggu lebih 10 tahun sejak memohon tanah RPT Sungai Batu pada 2015 kerana belum memiliki rumah sendiri.

“Untuk mendapatkan geran ini, saya pertama sekali nak ucap syukur alhamdulillah, terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu Azman Noh.

“Beliau (Azman) yang telah membantu mendaftarkan nama saya dan berjaya untuk memohon tanah ini disebabkan saya belum lagi memiliki rumah sendiri,” ujarnya.

Tak perlu menyewa lagi, impian rumah pertama jadi kenyataan
Penerima geran hakmilik RPT Sungai Batu, Saliwati Ismail, 45, ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Bagi RPT Sungai Tiram Mukim Lekir dan RPT Sungai Batu Mukim Pengkalan Baharu di Dewan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JANUARI 2026.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, mereka sekeluarga telah menyewa rumah kira-kira 17 tahun sejak berkahwin.

“Dengan berkat tanah ini, saya akan buat rumah untuk didiami dan saya amat berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat Azman) kerana susah payah turun naik Pejabat Tanah untuk mencepatkan proses geran tanah ini.

“Mungkin saya akan bina rumah pada tahun ini juga dan akan cuba memohon untuk pembinaan Rumah Perakku (Yayasan Perak atau menerusi SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad),” jelasnya.

Tak perlu menyewa lagi, impian rumah pertama jadi kenyataan
Penerima geran hakmilik RPT Sungai Tiram, Mohamad Asri Yusni, 34, ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Bagi RPT Sungai Tiram Mukim Lekir dan RPT Sungai Batu Mukim Pengkalan Baharu di Dewan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JANUARI 2026.

Dalam pada itu, kakitangan swasta, Mohamad Asri Yusni, 34, yang menerima geran hak milik di RPT Sungai Tiram berkata, proses permohonan geran bermula sebelum pandemik Covid-19.

Menurutnya, tanah berkenaan bakal menjadi tapak rumah pertamanya dan dia berasa lega kerana tidak perlu membeli rumah secara komersial.

“Pemohonan itu tidak susah tetapi mengambil masa. Prosesnnya bermula sebelum Covid-19, tapi alhamdulillah semua berjalan lancar,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Geran tanah nilai tinggi, simpan untuk warisan anak cucu – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI