Tampar pekerja, curi kabel telefon RM14, dua wanita direman

MANJUNG – Polis menahan dua wanita tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan mendatangkan kecederaan kepada pekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, dalam kejadian sekitar jam 10 pagi Ahad, dua suspek wanita telah memasuki premis berkenan.

Katanya, mereka kemudian membuka sebuah kotak kabel pengecasan telefon tanpa membuat sebarang pembayaran.

“Pekerja premis berkenaan telah menerangkan kepada suspek (menegur tindakan suspek), namun salah seorang daripada mereka bertindak agresif.

“Suspek telah menampar serta menarik tudung mangsa sebelum melarikan diri bersama barang curi tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan trauma akibat kejadian itu. Nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM14,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hasbullah, susulan itu mangsa telah tampil membuat laporan polis dan Bahagaian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menahan kedua-dua suspek sekitar jam 2.45 petang pada Isnin, di Sitiawan.

Katanya, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dan perintah reman selama enam hari telah dibenarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwa Negeri bagi mendapatkan arahan pertuduhan setelah siasatan lengkap,” tambah beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Nahas konvoi motosikal di WCE: Seorang maut, tujuh cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI