Taqqarub Perak Sejahtera 2030 medium terbaik beri penerangan usaha kerajaan negeri

TAPAH – Taqqarub Perak Sejahtera 2030 terus menjadi medium penting dalam menyampaikan maklumat berkenaan dasar pembangunan kerajaan negeri menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 secara langsung kepada rakyat.

Bagi kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, program anjuran Unit Komunikasi Strategik (Stratcomm) Negeri Perak itu kini memasuki siri keenam.

Penceramah Stratcomm Negeri Perak, Hairul Abdul Karim berkata, ia diadakan bertujuan menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat berkaitan pencapaian dan inisiatif terkini kerajaan negeri yang meliputi segala inisiatif di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

Taqqarub Perak Sejahtera 2030 program Stratcomm Negeri Perak penerangan Pelan Perak Sejahtera Dr Mohamad Yusri Bakir PRK Ayer Kuning pembangunan AHTV Tanjung Malim LuMIC Lumut dan SVTP Kinta bantuan YBU Perak Kad Perak Sejahtera 2025
Penceramah Unit Komunikasi Strategik (Stratcomm) Negeri Perak, Hairul Abdul Karim pada Program Taqqarub Perak Sejahtera 2030 di Kampung Raya, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 APRIL 2025.

Kata beliau, malah program yang berkonsepkan secara santai itu menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang hadir pada setiap siri penganjuran.

“Ada segelintir dalam kalangan rakyat khususnya di luar bandar yang masih tidak mengetahui segala usaha penambahbaikkan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

“Misalnya program Kad Perak Sejahtera yang mana nilainya dinaikan kepada RM100 berbanding RM80 sebelum ini.

“Selain itu, kita juga menerangkan kepada rakyat tentang usaha agensi kerajaan seperti Yayasan Bina Upaya (YBU) yang menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti kotak makanan, gerai bergerak, dan sebagainya,” katanya.

Taqqarub Perak Sejahtera 2030 program Stratcomm Negeri Perak penerangan Pelan Perak Sejahtera Dr Mohamad Yusri Bakir PRK Ayer Kuning pembangunan AHTV Tanjung Malim LuMIC Lumut dan SVTP Kinta bantuan YBU Perak Kad Perak Sejahtera 2025
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir pada Program Taqqarub Perak Sejahtera 2030 di Kampung Raya, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 APRIL 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak pada Program Taqqarub Perak Sejahtera 2030 di Kampung Raya di Tapah Road, dekat sini, malam tadi.

Terdahulu pada program, calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir, hadir dan menyantuni penduduk setempat.

Bertepatan dengan makna pada perkataan Arab ‘taqqarub’ iaitu mendekatkan diri, Hairul berkata, usaha pembangunan negeri melibatkan penyediaan peluang pekerjaan turut dikongsi kepada yang hadir.

Taqqarub Perak Sejahtera 2030 program Stratcomm Negeri Perak penerangan Pelan Perak Sejahtera Dr Mohamad Yusri Bakir PRK Ayer Kuning pembangunan AHTV Tanjung Malim LuMIC Lumut dan SVTP Kinta bantuan YBU Perak Kad Perak Sejahtera 2025
Penceramah Unit Komunikasi Strategik (Stratcomm) Negeri Perak, Hairul Abdul Karim pada Program Taqqarub Perak Sejahtera 2030 di Kampung Raya, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 APRIL 2025.

Kata beliau, ia menyentuh kepada usaha kerajaan negeri termasuk kepada pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) Tanjung Malim serta projek Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kinta.

“Program ini penting bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat, tetapi juga bagi memastikan rakyat benar-benar memahami peranan dan inisiatif kerajaan negeri terhadap kebajikan serta masa depan mereka.

“Sekiranya program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, saya yakin rakyat akan lebih memahami dan terus bersedia untuk menyokong kepada segala usaha kerajaan negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Usaha perkasa Kad Perak Sejahtera bukti Kerajaan Negeri utama rakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI