Tayar lori pecah punca kemalangan maut babit tiga buah lori

TANJUNG MALIM – Tayar lori pecah lalu hilang kawalan menjadi punca kemalangan maut membabitkan tiga buah lori di KM367.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Slim River, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kejadian berkenaan menyebabkan seorang mangsa maut tersepit dilokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa yang maut dikenali sebagai Hoo Yoon Wah, 61, yang memandu lori bermuatan telur ayam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 36 tahun memandu dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Selayang, Selangor membawa muatan buah.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dia yang memandu di lorong kanan telah mengalami tayar kiri pecah menyebabkan terlanggar lori kedua yang dipandu lelaki berusia 38 tahun di lorong kiri.

“Kedua-dua lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas menyebabkan lori buah berkenaan melintang di atas jalan dan menutup semua lorong,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Hasni berkata, mangsa yang sedang memandu lori muatan telur ayam dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar lori terbabit di tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu mangsa tersepit dan mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Slim River untuk dibedah siasat manakala seorang pemandu berusia 38 tahun dilaporkan cedera parah di bawa mendapatkan rawatan,” katanya.
`
Tambah beliau, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan sejauh dua kilometer dan sebuah lorong dibuka bagi melancarkan aliran trafik. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kemalangan tiga lori: Seorang maut, aliran trafik terhenti 13km

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI