TCS bantu lonjak prestasi cemerlang SPM 2023

IPOH: Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) telah memberi impak dalam peningkatan pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 di Perak.

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, peruntukan yang disalurkan melalui intensif TCS itu juga telah merapatkan jurang pencapaian calon SPM antara bandar dan luar bandar yang merekodkan 0.01 mata.

“TCS memberi peruntukan sebanyak RM2.67 juta dan alhamdulillah kita dapat meningkatkan prestasi calon serta jurang pencapaian calon antara luar bandar dan bandar yang kita lihat sangat baik.

“Melalui peruntukan TCS murid-murid ini diberikan bantuan makanan tengah hari percuma selama 20 hari terakhir”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023, di Bilik Mesyuarat Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di sini, hari ini.

Menurut Fauzi, terdapat juga program-program lain yang meliputi semua keperluan untuk meningkatkan prestasi calon yang diusahakan di peringkat daerah dan sekolah.

“Saya amat menghargai program-program lain yang dilakukan sama ada kecil atau besar, terutamanya banyak yang melibatkan kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Perak.

“Kerjasama secara bersepadu ini menghasilkan pencapaian yang sangat baik,”ujarnya. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

MGPerak: RM2.67 Juta Diperuntukan Bagi Teruskan Bantuan Makanan Percuma TCS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI