Temasya Budaya@Negeri Perak pupuk minat seni kalangan generasi muda

LUMUT – Temasya Budaya@Negeri Perak bukan sahaja memperkukuh identiti budaya negeri, tetapi juga merancakkan aktiviti ekonomi setempat, memperluas peluang keusahawanan dan memupuk minat terhadap seni dalam kalangan generasi muda.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia seiring dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi pengalaman.

Jelas beliau, ia termasuk pendekatan yang memberi nilai kepada pengalaman bermakna pengunjung semasa menikmati sesuatu perkhidmatan atau produk.

“Cerminan kepada pendekatan ini dapat dilihat dalam pelancongan budaya, apabila pengalaman yang ditawarkan melalui makanan tradisi, persembahan rakyat dan warisan setempat yang semakin menarik minat generasi muda.

Persembahan kebudayaan masyarakat cina pada Majlis Perasmian Temasya Budaya @ Negeri Perak 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JUN 2025.

“Justeru, dalam memperkukuh identiti budaya negeri, Temasya Budaya juga perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa, termasuk menyokong transformasi digital yang sedang merubah cara warisan disampaikan dan dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Temasya Budaya@Negeri Perak 2025 di perkarangan Stadium Manjung, di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan Saarani dibaca oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Mengulas mengenai Temasya Budaya@Negeri Perak 2025, Saarani berkata ia menjadi medan penyatuan pelbagai pihak dengan satu matlamat iaitu memelihara, memajukan dan memasyarakatkan seni serta warisan budaya negeri Perak.

Persembahan kebudayaan pada Majlis Perasmian Temasya Budaya @ Negeri Perak 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JUN 2025.

“Saya percaya Temasya Budaya@Negeri Perak 2025 akan menjadi satu lagi penanda aras penting dalam usaha kita memartabatkan budaya dan memperkukuh ekonomi kreatif negeri.

“Temasya ini bukan sahaja menjadi ruang pameran, malah menjadi landasan membina jati diri dan menghubungkan rakyat dengan akar warisan mereka,” katanya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Majlis Kebudayaan Negeri Perak dengan sokongan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, dan Persatuan Kebudayaan Daerah Manjung menganjurkan Temasya Budaya@Negeri Perak 2025 pada 26 hingga 29 Jun 2025 bermula 9.00 pagi hingga 11.00 malam. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI