Tempahan baju raya masih jadi pilihan ramai

IPOH – Walaupun pelanggan pada masa kini dilihat lebih cenderung membeli pakaian siap dipakai (ready to wear) sama ada secara dalam talian, butik mahupun di pusat membeli belah, namun tmasih ada yang mengekalkan tradisi menempah baju raya dengan tukang jahit.

Lazimnya, pelanggan yang memilih untuk menempah baju dengan tukang jahit amat mementingkan kualiti yang terbaik serta lebih selesa mengikut fesyen serta citarasa sendiri.

Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) mendapati kebanyakan tukang jahit sedang giat menyiapkan tempahan pelanggan dan tidak lagi menerima tempahan baharu kerana bimbang tidak dapat disiapkan menjelang hari raya.

Tempahan baju raya masih jadi pilihan orang ramai
Tukang jahit, Noor Ashikin Alias, 39, sibuk menyiapkan tempahan baju raya pelanggan menjelang hari raya Aidilfitri ketika tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) di Shekyn Enterprise di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

Seorang tukang jahit, Noor Ashikin Alias, 39, berkata, pada tahun ini dia terpaksa mengehadkan pengambilan tempahan baju raya kerana tiada pembantu serta mempunyai masalah kesihatan.

Ibu kepada dua cahaya mata yang memiliki kedai jahit sendiri iaitu Shekyn Enterprise di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta di sini berkata, premisnya sudah beroperasi sejak 2010 dan mempunyai pelanggan setia yang datang untuk menempah baju setiap kali menjelang hari raya.

Menurutnya, sebelum ini dia akan menerima sekitar 200 pasang pakaian namun jumlahnya dikurangkan kepada 100 pasang baju sahaja dan rata-rata mereka terdiri daripada pelanggan tetap.

Selain daripada menerima tempahan menjahit baju, Noor Ashikin turut melakukan kerja tambahan iaitu mengubahsuai (alteration) pakaian siap dipakai.

“Saya mula membuka tempahan raya bermula Oktober hingga Disember tahun lalu dan bermula awal tahun ini saya mula all out (bertungkus lumus) menyiapkan tempahan tersebut. Pelanggan boleh ambil baju yang siap sepenuhnya pada minggu ketiga bulan Ramadan.

Tempahan baju raya masih jadi pilihan orang ramai
Tukang jahit, Noor Ashikin Alias, 39, sibuk menyiapkan tempahan baju raya pelanggan menjelang hari raya Aidilfitri ketika tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) di Shekyn Enterprise di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

“Harga paling murah yang saya ambil adalah RM50 untuk sepasang baju kurung biasa.

“Buat masa ini, saya hanya mengambil tempahan menjahit baju wanita dan kanak-kanak sahaja memandangkan hanya saya melakukan kerja ini seorang diri,” katanya ketika ditemui di kedai jahitnya di sini.

Dalam pada itu, Noor Ashikin berkata, kebanyakan tempahan yang diterima adalah baju kurung moden dan baju kurung Pahang serta pelanggan tetapnya terdiri daripada warga pendidik.

“Banyak pelanggan saya cikgu, dan jenis baju yang ditempah adalah selesa dipakai,” ujarnya yang mendapat pendidikan dalam bidang jahitan di Akademi Fesyen Elit serta sering mengambil kursus jangka pendek di Kolej Komuniti  dan Kemas.

Menyentuh warna tema raya pada tahun ini, dia berkata, kebanyakan pelanggan menghantar kain berwarna burgundy iaitu warna merah gelap yang diambil sempena nama kawasan Burgundy di Perancis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

39 anak yatim dapat baju raya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI