Tempoh reman suspek kes bunuh Nuraina Humaira dilanjut

SUNGAI SIPUT – Tempoh reman suspek yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, minggu lalu di lanjutkan lima hari lagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lanjutan tempoh reman remaja lelaki berusia 17 tahun itu diperoleh sehingga Jumaat ini.

Ujar beliau, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek telah disambung sehingga 30 Ogos ini.

“Kita akan maklumkan semula bila tarikh pertuduhan nanti,” jawabnya ringkas ketika dihubungi, pada Isnin.

Terdahulu, MG Perak melaporkan, Nuraina Humaira, yang dilaporkan hilang sejak 16 Ogos lalu ditemukan maut dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya dekat perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini pada 17 Ogos.

Rentetan itu, polis telah menahan suspek yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa.

Suspek ditahan selepas laporan bedah siasat dijalankan ke atas mangsa menunjukkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kes kematian Nuraina Humaira: Remaja lelaki Orang Asli direman tujuh hari

MGPerak: Kes Bunuh Nuraina Humaira: Kertas Siasatan Dalam Peringkat Akhir Lengkap – Polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI