Terima 137 aduan, kebanyakan berkaitan hal persendirian

IPOH – Sebanyak 137 aduan diterima Kerajaan Negeri Perak menerusi Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri yang diadakan di Stadium Indera Mulia, dekat sini, pada Isnin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ada antara aduan yang diterima berjaya diselesaikan pada hari sama, sementara terdapat aduan yang memerlukan tempoh masa bagi tindakan lanjut jabatan atau agensi berkaitan.

Aduan rakyat Perak Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Aduan rakyat kepada kerajaan negeri Isu persendirian rakyat Perak Masalah tanah dan rumah di Perak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Infrastruktur Perak Program anjuran kerajaan negeri Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

“Pada program-program sebelum ini orang ramai mengadukan tentang keperluan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan longkang di kawasan masing-masing.

“Namun kali ini, kebanyakkan yang hadir mengajukan aduan berkaitan masalah persendirian. Ia termasuk isu tanah, permasalahan rumah, aduan di bawah tugas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) laluan ke kawasan kediaman dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Pertama 2025 di Stadium Indera Mulia, pada Isnin.

Aduan rakyat Perak Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Aduan rakyat kepada kerajaan negeri Isu persendirian rakyat Perak Masalah tanah dan rumah di Perak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Infrastruktur Perak Program anjuran kerajaan negeri Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.

Tambah Saarani, inisiatif yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu itu merupakan platform terbaik kepada rakyat untuk berinteraksi secara langsung dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Aduan rakyat Perak Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Aduan rakyat kepada kerajaan negeri Isu persendirian rakyat Perak Masalah tanah dan rumah di Perak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Infrastruktur Perak Program anjuran kerajaan negeri Saarani
Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

Malah tambah beliau, seperti lazimnya, Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri akan dianjurkan secara bergilir-gilir di setiap daerah lain di Perak.

“Penganjuran program siri pertama ini melibatkan 92 kaunter khidmat pelanggan, 10 reruai pameran, dan tujuh kaunter bergerak yang memberikan akses lebih luas kepada rakyat.

“Selain itu, Jualan Murah dan Jualan Rahmah turut dianjurkan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah, khususnya sebagai persiapan menyambut Ramadan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PM Anwar, ahli Parlimen kerajaan perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI