‘The Sacrifice’ terima pingat emas anugerah insentif penyelidikan USAS

IPOH – Penghasilan dokumentari filem ‘The Sacrifice’ oleh Muhammad Amirul Hanif Mohamad berjaya membuahkan hasil apabila menerima Anugerah Insentif Penyelidikan (Multimedia) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada program Sains, Teknologi, Agrikultur dan Landskap Ekspo (STARTLE 2025).

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif berusia 23 tahun itu, mengambil masa lima bulan menghasilkan projek tahun akhir dokumentari berdurasi 10 minit.

Menurutnya, dokumentari tersebut mengisahkan seorang pengarah muzium perang mentransformasikan sebuah kubu peninggalan British di Pulau Pinang yang merupakan salah satu muzium terbesar di Asia Tenggara.

‘The Sacrifice’ terima pingat emas anugerah insentif penyelidikan USAS
Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif, Muhammad Amirul Hanif Mohamad, 23, menerima Anugerah Insentif Penyelidikan (Multimedia) bagi projek dokumentari ‘The Sacrifice’. Foto : Syakir Yusof

“Projek ini mengambil masa dalam tempoh lima bulan di mana dua bulan saya brainstorming (sumbang saran) idea, prepare storyline (menyediakan jalan cerita) dan storyboard (papan cerita).

“Saya menjalankan content shooting (penggambaran) selama lima hari dan proses editing (penyuntingan) selama sebulan dan projek ini menceritakan sebuah kubu pertahanan tentera British pada tahun 1930 yang kemudian dirampas tentera pada tahun 1941 sebelum kalah pada tahun 1945.

“Pengarah muzium Encik Johari (Johari Shafie) menjumpai kubu ini pada tahun 1986 dan mendapat keizinan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mentransformasikan kubu ini kepada sebuah muzium terbesar di Asia Tenggara.

“Kemudian, pada tahun 2002 kubu ini dibuka sebagai sebuah tempat pelancongan yang hebat,“ katanya ditemui selepas pameran STARTLE 2025 di Mydin Mall, di sini.

Bercita-cita untuk menjadi seorang sinematografer, anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia memang meminat genre tentera dan perang serta berbangga di atas pencapaiannya menerima anugerah itu kerana bukan mudah untuk menghasilkan sebuah dokumentari filem.

Sementara itu, seorang lagi penerima Anugerah Insentif Penyelidikan (Landskap) USAS, Muhammad Najid Hasid Yusran, 24, tidak menyangka terpilih menjadi salah seorang penerima anugerah tersebut.

Pelajar tahun keempat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap itu menghasilkan projek ‘Green River‘ di Sungai Petani, Kedah.

‘The Sacrifice’ terima pingat emas anugerah insentif penyelidikan USAS
Penerima Anugerah Insentif Penyelidikan (Landskap) USAS, Muhammad Najid Hasid Yusran, 24, menunjukkan hasil projek ‘Green River’. Foto : Syakir Yusof

“Saya tidak tahu nak cakap apa, sebab waktu presentation (pembentangan) dulu saya yang paling teruk kena komen, jadi saya pun tak sangka saya dapat (anugerah).

“Ini semua berkat doa daripada mak saya serta tunjuk ajar daripada guru-guru saya,“ katanya yang menyimpan hasrat untuk menjalankan perniagaan penternakan ayam.

Katanya, idea untuk melaksanakan projek ‘Green River‘ tercetus apabila terdapat lambakan biawak yang perlu ditempatkan di satu kawasan khas tanpa mengganggu orang ramai.

“Idea berpunca daripada keadaan dekat sana di mana biawak terlalu banyak. Jadi, saya cuba untuk bahagikan satu-satu kawasan. Ada kawasan untuk belacak, kerang, burung dan ada kawasan untuk Jadi enapa saya tak buat satu tempat untuk biawak.

“Antara punca kenapa biawak itu terlalu banyak adalah sebabkan tempat sampah yang terbuka. Sebab itu, saya jadikan kawasan itu adalah kawasan yang satu-satu tempat orang boleh pergi sama ada menaiki bot atau berbasikal,“ katanya yang mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan projek tersebut.

Muhammad Amirul Hanif dan Muhammad Najid Hasid adalah dua daripada empat pelajar yang berjaya menghasilkan projek terbaik sekali gus menerima pingat emas bagi anugerah tersebut, dana RM2,000 setiap seorang berserta sijil penyertaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

USAS sedia insentif RM8,000 untuk galak penyelidikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI