Tiada istilah tenaga pengajar TVET tidak berkemahiran

IPOH – Tiada istilah tenaga pengajar yang tidak berkemahiran dalam mendidik pelajar yang mengikuti Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, sebenarnya tenaga pengajar dalam bidang tersebut bukan tidak berkemahiran tetapi perluasan kemahiran perlu dipertingkatkan mengikut keadaan semasa.

Menurutnya, setiap tenaga pengajar perlu mengikuti sesi pemilihan dan pihak yang berkenaan khususnya Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang akan merancang serta membantu meningkatkan ilmu tenaga pengajar yang terlibat.

“Mereka (ILKA) ada perancangan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu tenaga pengajar supaya mereka (tenaga pengajar) dapat perkara yang baru dan terkini selaras dengan situasi pendidikan semasa.

“Sesuatu info yang diperoleh cukup berguna untuk menjadi tenaga pengajar supaya mereka dapat mendidik pelajar menjadi berkemahiran dan berketrampilan serta mampu menembusi pasaran industri masa depan,” katanya.

Tiada istilah tenaga pengajar TVET tidak berkemahiran
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika sesi soal jawab pada Karnival TVET Perak Sejahtera di Aeon Big Falim, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Karnival TVET Perak Sejahtera di Aeon Big Falim, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Majlis TVET Negara, Howard Lee Chuan How dan Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson.

Dalam perkembangan berkaitan, Chuan How berkata, dalam penyampaian ilmu pengajaran di bawah TVET terdapat dua tonggak utama iaitu pengetahuan kemahiran (applied knowledge) dan pengetahuan secara teori (theoretical knowledge).

Katanya, tenaga pengajar mungkin fokus kepada satu perkara dan disebabkan itu ada persepsi yang menganggap mereka tidak berkemahiran padahal mereka lebih pakar dalam bidang akademik dan teori.

“Di situ sebenarnya kita sedang kenal pasti ada masalah sistem di mana penjurusan perlu lebih khusus dan perkara ini sedang ditangani di semua peringkat di seluruh negara,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Graduan TVET perlu seiring pembangunan taman perindustrian

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI