Tiada isu calon Gerik PRU-16, Presiden UMNO ada kuasa mutlak – Salbiah

PARIT – Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Salbiah Mohamed menegaskan bahawa isu berhubung calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tidak seharusnya timbul.

Menurutnya, kuasa untuk mencalonkan mana-mana individu bagi mewakili parti dalam pilihan raya terletak sepenuhnya di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pemberi watikah kepada calon yang bertanding.

“Saya kira kuasa Presiden (UMNO) untuk melantik mana-mana calon nanti, sebab kami mewakili parti yang bertanding akan mendapat watikah ialah daripada presiden. Awal ke, baru ke, sebab memang akhirnya kuasa itu terletak di tangan presiden untuk mencalonkan calon-calon yang dilantik. Jadi tiada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perak di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Wanita Perak, Jamilah Zakaria.

Sebelum ini media melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki diumum sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Gerik pada PRU-16.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ahmad Zahid yang turut menamakan Ahli Dewan Undangan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menggesa penduduk Gerik supaya menerima Asyraf Wajdi sebagai calon dengan menyifatkan beliau mempunyai potensi besar untuk membawa perubahan kepada kawasan Gerik. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak komited perluas akses kesihatan warga emas – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI