Tiada isu serius sekolah di Perak tolak DLP – Exco

PARIT – Tiada sebarang isu serius membabitkan penolakkan garis panduan baharu berhubung pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) oleh sekolah-sekolah di Perak seperti yang diarahkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang makluman daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubung perkara terbabit.

Menurut beliau, kefahaman perlu diberikan kepada ibu bapa pelajar yang terlibat di bawah garis panduan baharu tersebut melalui penerangan lebih jelas mengenai halatuju proses DLP itu sendiri.

“Setakat ini yang saya dapat maklumat daripada JPN Perak tidak ada apa-apa laporan atau isu ada sekolah di Perak yang menolak dan sebagainya.

“Dari segi prosesnya pula kelas DLP sedia ada berjalan seperti biasa dan kita harap dengan garis panduan baharu ini membantu meningkatkan prestasi anak-anak kita dalam kelas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Cakna@Impak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar di Dewan Serbaguna Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar, di sini, pada Selasa.

Hampir 60 pelajar IKBN Seri Iskandar menyertai program berkenaan bergotong-royong membersih serta menceriakan Masjid As-Siddiq serta mengecat dan menjalankan kerja-kerja pendawaian semula Dewan Serbaguna di Taman Iskandar Perdana, di sini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berucap pada Program Cakna@Impak IKBN Seri Iskandar 2024 di Dewan Serbaguna Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 JUN 2024.

Khairudin turut memaklumkan sesi libat urus melibatkan KPM, JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan diadakan sebelum kelas DLP dimulakan di mana-mana sekolah.

“Jadi pada masa sesi libat urus inilah pihak berkenaan boleh mengemukakan persoalan, isu atau cadangan supaya diberi rang dan peluang untuk diangkat kepada KPM dan baharu diberi penilaian.

“Ini kerana kelas DLP tidak boleh berjalan sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapa dan jawatankuasa PIBG. Sebab itu ada sesi libat urus ini,” katanya.

Khairudin berkata, pihaknya percaya KPM akan menyediakan pekeliling dalam menambahbaik pelaksanaan kelas DLP selain dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan mementingkan kemahiran dalam subjek matematik dan sains.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa tiada sekolah tertentu termasuk sekolah berasrama penuh dikecualikan dalam garis panduan baharu DLP dan ia wajar dipatuhi semua pihak.

Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang mendakwa sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan peraturan baharu DLP. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Calon Tidak Hadir SPM Disaran Rebut Peluang TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI