Tiada kawasan pembangkang dipinggir dalam Jualan Rahmah Madani di Perak

IPOH – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) Perak, tidak pernah meminggirkan mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang dalam penganjuran Jualan Rahmah Madani.

Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong berkata, sebaliknya kerajaan negeri sentiasa melibatkan kerjasama dengan wakil rakyat pembangkang dalam memperluaskan penganjuran program itu.

Katanya, malah Jualan Rahmah Madani sentiasa diadakan lebih banyak di kawasan DUN yang diwakili pembangkang berbanding DUN kerajaan.

Mengambil contoh DUN di bawah Parlimen Taiping beliau berkata, sebanyak 24 kali dianjurkan Jualan Rahmah Madani berbanding DUN di bawah Parlimen Larut yang dianjurkan 28 kali.

“Di bawah Parlimen Bagan Serai, tiga kerusi DUN di situ dimenangi blok pembangkang. Sebanyak tujuh kali Jualan Rahmah Madani dianjurkan di DUN Selinsing, Gunong Semanggol (lapan) dan Alor Pongsu (17).

“Keseluruhan dianjurkan 32 kali program, lapan kali lebih banyak berbanding di Parlimen Taiping,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini pada Rabu.

Jualan Rahmah Madani Perak Kah Leong kawasan pembangkang program kerajaan negeri KPDN
Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

Tambah Kah Leong, pihaknya tidak mengambil kira soal sebarang latar belakang parti politik dalam memastikan setiap rakyat di negeri ini dapat menikmati faedah daripada Jualan Rahmah Madani.

Jelas beliau, pegawai di pejabatnya juga telah diarahkan untuk menghubungi semua wakil rakyat di blok pembangkang bagi memperoleh lokasi atau premis yang sesuai untuk dianjurkan program tersebut.

Justeru Kah Leong meminta agar semua ADUN pembangkang dapat beri kerjasama dengan kerajaan dalam memastikan Jualan Rahmah Madani dapat dianjurkan serta mendapat sambutan semua pihak.

“Anda yang mewakili kawasan masing-masing sudah pasti mengetahui selok-belok lokasi sesuai bagi dianjurkan Jualan Rahmah Madani.

“Tetapi saya meminta agar (semua wakil rakyat pembangkang) dapat memberi respons. Ini kerana, dalam kalangan (26 ADUN pembangkang) yang cuba kita hubungi, hanya 13 sahaja yang memberikan respons.

“Jika tiada maklum balas diberikan, agak sukar untuk Ketua Cawangan KPDN menganjurkan Jualan Rahmah Madani di kawasan yang disasarkan,” jelasnya.

Pada masa sama Kah Leong, sebanyak 45 peniaga setempat telah bekerjasama dengan dengan KPDN bagi penganjuran Jualan Rahman Madani sepanjang tahun ini di Perak.

Selain itu, beliau juga mengambil maklum cadangan untuk meminimumkan kekerapan penganjuran jualan tersebut di tempat yang berhampiran dengan dengan kedai runcit.

“Namun ingin saya tegaskan bahawa memang adalah hak rakyat untuk mendapat sebarang barangan dengan harga lebih murah. Maka tidak boleh salahkan rakyat untuk membeli barangan murah,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

2 juta rakyat Perak terima manfaat Program Jualan Rahmah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI