Tiada masa ‘bereksperimen’ pada PRK Ayer Kuning – Onn Hafiz

TAPAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyeru supaya pengundi tidak ‘bereksperimen’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurut beliau, ia supaya pengalaman rakyat semasa pilihan raya umum (PRU) pada tahun 2018 tidak berulang 26 April ini.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun pelbagai perkhidmatan dan pembangunan boleh dilaksanakan untuk masyarakat.

“Tiada masa untuk eksperimen. Ada kata (masyarakat) tak apa kalau undi belah sana (pembangkang) kalau tidak servis kita tukar nanti.

“PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang mungkin dalam tempoh tiga tahun, banyak perkara berlaku, banyak perkhidmatan yang kita boleh buat untuk masyarakat.

“Pengalaman kita pada 2018 (PRU) bagi saya sepatutnya tidak sepatutnya berlaku lagi pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sewaktu program Sembang Santai Bersama Masyarakat India di Perumahan Awam 2, Kampung Mak Teh, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Menteri MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz akan memastikan masyarakat India di kawasan Changkat Petai akan mengundi BN pada PRK ini.

“Dekat kawasan Changkat Petai ada lebih 400 pengundi India.

“Pada PRU lepas kita kalah 66 undi namun saya yakin kalau masyarakat India 400 orang semua keluar undi calon nombor satu, kawasan changkat petai ini akan kembali menjadi kubu kuat BN.

“Jadi balik nanti tolong bantu kita, Saravanan (Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan) pujuk masyarakat India untuk beri sokongan padu kepada BN,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April.

Kekosongan kerusi berkenaan berlaku susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan Dr Mohamad Yusri Bakir dari BN, Abdul Muhaimin Malek sebagai calon Perikatan Nasional, dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencalonkan Bawani KS. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UMNO masih kukuh tanpa Pas – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI