Tiada sefahaman, shiqaq berpanjangan: Diana Danielle sekali lagi fail cerai terhadap Farid

KUALA LUMPUR – Tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara alasan pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai sekali lagi terhadap suaminya yang juga pelakon Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif berkata permohonan cerai itu dibuat terhadap Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 43, sebagai defendan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

“Kita sudang bincang perkara ini sebulan yang lepas sebelum Diana meminta saya bersiap sedia untuk memfailkan permohonan cerai.

“Permohonan cerai yang dibuat oleh Diana untuk kali kedua ini atas alasan Diana tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan atau pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Akberdin berkata plaintif turut memfailkan permohonan rujuk susulan penceraian kali pertama yang berlaku antara pasangan selebriti itu pada 10 Ogos tahun lepas.

“Mereka telah rujuk pada 9 Sept tahun lepas, sebulan selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari. Apabila sudah rujuk, ia perlu didaftar dan mahkamah akan keluarkan sijil rujuk sebagai bukti mereka sudah bersama semula sebagai suami isteri.

“Mahkamah menetapkan sebutan kes bagi dua permohonan itu pada 20 Nov,” kata Akberdin.

Diana yang berjubah hitam tiba di mahkamah kira-kita 9.15 pagi dengan diiringi beberapa pengawal peribadinya.

Pada 10 Mac 2023, pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Syarikah Petaling, Subang Bistari atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

Pasangan itu sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos tahun lepas, namun mereka telah rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Nov 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

— BERNAMA

 

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI