Tidak minat duduki SPM alasan calon di Perak enggan hadir peperiksaan

TANJUNG MALIM – Seramai 655 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dikesan tidak hadir bagi menduduki peperiksaan itu di Negeri Perak.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, daripada jumlah berkenaan, 389 calon tidak hadir disebabkan berhenti sekolah, sementara 124 dibuang sekolah.

Katanya, selain itu, seramai 44 calon tidak hadir kerana tidak minat untuk menduduki peperiksaan berkenaan, berpindah ke institusi pendidikan swasta (25), bekerja (24), serta ponteng (12).

Khairudin menambah, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), seramai tujuh calon dikenal pasti menghadapi masalah keluarga, meninggal (enam) dan kemalangan (lima).

Seramai 655 calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2023 dikesan tidak hadir bagi menduduki peperiksaan itu di Negeri Perak Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

“Dalam perjumpaan saya bersama dengan JPN, memang kita meminta supaya pihak jabatan melaksanakan pelan intervensi untuk mengatasi masalah ini.

“Kalau dibanding dengan tahun lepas rasanya tahun lepas iaitu SPM 2022, bilangan agak tinggi berbanding dengan SPM 2023, dan ia menunjukkan trend semakin menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Karninal Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, dekat sini, pada Khamis.

Terdahulu, turut diadakan program Hab TVET dan Jaringan Industri: Dialog, Simposium Dan Pameran 2024.

Hadir sama, Pengarah PSAS, Mohd. Zulkefli Ibrahim serta Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) Aldrin Ng.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata, susulan itu pihaknya akan melaksanakan pelan intervensi untuk menangani perkara ini sebaiknya.

Mengulas lanjut, Khairudin memberitahu, bukan sahaja pihak sekolah, golongan ibu bapa dan komuniti setempat disaran membantu kerajaan bagi memastikan isu calon SPM tidak hadir ke peperiksaan pada masa hadapan dapat diselesaikan.

Seramai 655 calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2023 dikesan tidak hadir bagi menduduki peperiksaan itu di Negeri Perak Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (tengah) menyaksikan pertukaran surat hasrat pada Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

Ujar beliau, selain daripada program kaunseling dan ziarah cakna, usaha berkenaan juga harus digembleng bersama dengan jawatankuasa Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) di sekolah masing-masing.

“Sememangnya pihak sekolah kebanyakannya sudah ada pelan intervensi untuk memastikan masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah (mahupun peperiksaan SPM) dapat ditangani segera.

“Akan tetapi fokus utama dalam soal ini, saya nampak adalah kepada diri pelajar itu sendiri, serta komitmen ibu bapa untuk pastikan anak-anak ni ada rasa kesungguhan dan minat untuk hadir,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

772 calon SPM 2023 dapat semua A di Perak

TCS bantu lonjak prestasi cemerlang SPM 2023

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI