Tidak sampai sejam, 6,000 bubur habis diedarkan dalam hujan lebat

IPOH – Walaupun hujan lebat, sebanyak 6,000 bekas bubur pelbagai jenis habis diedarkan dalam tempoh tidak sampai satu jam di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, dekat sini, pada Isnin.

Sebanyak lapan jenis bubur iaitu bubur lambuk, gandum, anak lebah, cha cha, jagung, pulut hitam, kacang hijau, dann bubur Madani diedarkan secara percuma seawal jam 4 petang kepada orang ramai pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program berkenaan julung kali dianjurkan di bawah portfolionya.

6,000 bubur anak lebah lambuk perak meru raya salbiah hujan lebat exco perak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan bubur kepada orang ramai pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh.

Menurutnya, ia mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) selaku penaja utama.

“Antara bubur yang menjadi tumpuan atau paling diminati ramai adalah bubur anak lebah, yang mana ia mungkin sedikit klasik (iaitu agak sukar dijumpai di mana-mana ketika ini).

“Malah, semua bahan-bahan masakan yang disediakan pada program hari ini memang dihasilkan sendiri oleh petugas dan sukarelawan kita di lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, dekat sini, pada Isnin.

6,000 bubur anak lebah lambuk perak meru raya salbiah hujan lebat exco perak bubur perak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan bubur kepada orang ramai pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh.

Hadir sama, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya.

Dalam pada itu, Salbiah berkata, antara tujuan utama program berkenaan adalah mahu memberi peluang kepada orang ramai merasai pelbagai jenis bubur, terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Bagi orang yang mampu mungkin ia perkara biasa tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, mungkin ini ialah juadah yang mereka ada untuk mereka berbuka puasa.

“Oleh itu, mungkin dengan sedikit sumbangan daripada kerajaan negeri dan juga Perak SADC ini, sekurang-kurangnya ia boleh mengisi perut mereka,” katanya lagi.

6,000 bubur anak lebah lambuk perak meru raya salbiah hujan lebat exco perak bubur perak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan bubur kepada orang ramai pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh.

Tinjauan di lokasi mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis juadah itu sama ada secara pandu lalu, mahupun datang sendiri ke khemah program walau hujan lebat tidak berhenti.

Pengunjung, Hamidah Hamza, 50an berkata, dia berasa sedikit hampa apabila keinginannya untuk merasai bubur anak lebah tidak dapat dipenuhi kerana bubur jenis itu paling awal habis diedarkan.

6,000 bubur anak lebah lambuk perak meru raya salbiah hujan lebat exco perak bubur perak
Pengunjung, Hamidah Hamza menunjukkan bekas makanan yang dibawa pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan bubur kepada orang ramai pada Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh.

“Sebagai anak kelahiran Selangor, saya memang hendak sangat merasa bubur anak lebah sebab dikhabarkan ia sedap. Namun, saya sempat mendapatkan bubur lambuk, gandum dan Madani sahaja,” katanya lagi.

Bagi peniaga bazar Ramadan, Agustina Tono, 46, dia menyambut baik program berkenaan selain berharap ia dapat diadakan pada masa hadapan.

“Saya cuma teringin hendak merasa bubur pulut hitam, namun setibanya saya di khemah program, saya dimaklumkan ia telah habis diedarkan. Mungkin tidak ada rezeki saya hari ini,” ujarnya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pertahan tradisi 80 tahun edar bubur lambuk percuma

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI