Tiga cedera, kemalangan dua buah lori

KAMPAR – Tiga cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer (km) 299.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Tapah menghala ke Gopeng dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lori muatan telur dan lori muatan barang penghantaran itu sekitar jam 8.12 pagi.

Menurutnya, insiden tersebut menyebabkan pemandu dan kelindan lori muatan telur serta pemandu lori muatan barang penghantaran yang berusia antara 18 hingga 44 tahun cedera.

“Siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan telur dipercayai dari arah selatan menghala ke utara telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori muatan barang penghantaran.

“Kemalangan itu mengakibatkan lori muatan telur remuk di bahagian hadapan manakala lori muatan barang penghantaran mengalami kerosakan di bahagian belakang dan sisi,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, pemandu dan kelindan lori muatan telur masing-masing patah kaki sebelah kiri dan cedera ringan di seluruh badan manakala pemandu lori yang membawa barang penghantaran turut cedera di kaki.

Tambahnya, kesemua mangsa cedera dibawa ke hospital berhampiran menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM10,000, dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan,” ujarnya.

Kemalangan itu telah mengakibatkan kesesakan trafik sepanjang 10km dan pengguna jalan raya perlu mengunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Tapah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita maut bakar diri: Tiada unsur jenayah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI