Tiga cedera, lori muatan alat ganti kereta terbabas

IPOH – Tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh cedera selepas lori muatan alat ganti kereta yang mereka naiki terbabas dan merentangi jalan di Kilometer 278 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Meru Raya, di sini lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu sekitar jam 11.48 malam.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Sewaktu tiba di lokasi didapati sebuah lori jenis Mitsubishi Canter yang membawa muatan alat ganti kereta dalam keadaan merentangi jalan selepas dipercayai terbabas sendiri.

“Terdapat tiga mangsa lelaki termasuk dua warga Bangladesh di dalam kenderaan tersebut yang berusia 26 hingga 60 tahun.

“Ketua operasi kemudiannya melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa terbabit telah dibawa ke hospital menggunakan ambulan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya jam 12.50 tengah malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita warga Indonesia maut, dua cedera kereta terbabas, terbalik

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI